Les Ecureuils adalah chalet yang dikendalikan oleh keluarga yang terletak hanya beberapa meter dari pusat Grand-Bornand dan lereng-lereng ski. Ia menawarkan sauna dan kolam renang bermusim dengan jet urutan. Bilik-bilik di sini boleh memuatkan sehingga 4 orang tetamu. Semua bilik mempunyai TV satelit dan balkoni yang menawarkan pemandangan pergunungan. Restoran di Les Ecureuils menhidangkan hidangan istimewa Savoyard dan pencuci mulut buatan sendiri. Makanan boleh dinikmati di teres yang menghadap ke taman pada musim panas. Sebuah bar snek dibuka semasa musim sejuk. Untuk waktu santai anda, meja pool serta meja foosball, lounge yang mempunyai TV satelit, permainan, majalah, dan lain-lain, bilik ski, garaj persendirian (yang perlu ditempah sebelum ketibaan anda) serta ruang kecergasan disediakan.