Libertel Canal Saint Martin terletak di utara Paris, berdekatan dengan Canal Saint-Martin dan Park des Buttes Chaumont, hanya 2 stesen Metro jauhnya dari Gare du Nord dan Gare de lEst. Hotel ini merangkumi 3 bangunan, yang dihubungkan oleh halaman-halaman yang menawan dengan ciri-ciri luar biasa. Bilik-bilik yang berhawa dingin mempunyai hiasan klasik dan menawarkan pemandangan bangunan yang dipenuhi dengan tumbuhan ivy yang menarik, bahagian hadapana bangunan Paris atau halaman dalaman. Bilik-bilik ini dilengkapi dengan Wi-Fi percuma, TV satelit dan bilik mandi peribadi. Sarapan disajikan setiap hari di bilik sarapan yang berwarna-warni. Terdapat kaunter penyambut tetamu 24 jam dengan perkhidmatan cucian kering dan dobi. Libertel Canal Saint Martin terletak 1.4 km dari Belleville dan Parc de la Villette berada 1.7 km jauhnya. Metro Jaures berjarak 140 meter dari hotel, yang memberikan tetamu akses ke semua tempat yang terkenal di Paris.