Grand Margherita Hotel berlokasi strategik di sebelah Kompleks Beli-belah Sarawak Plaza. Ia menawarkan kolam renang luaran dan 4 pilihan untuk menjamu selera. WiFi percuma boleh diakses di seluruh kawasan, dan parking percuma disediakan. Setiap bilik dilengkapi dengan bar mini, kemudahan menyeterika dan penghawa dingin. Beberapa bilik menikmati pemandangan bandar/sungai. Untuk keselesaan anda, bilik mandi en suite dilengkapi dengan pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Orchid Garden Coffee House menyajikan masakan tempatan dan Eropah, sementara Meisan Szechuan Restaurant menawarkan masakan istimewa Cina. Rajang Lobby Lounge menawarkan minuman diiringi dengan hiburan secara langsung. Banyak restoran terletak berhampiran. Tetamu boleh bersenam di gimnasium, dan kanak-kanak boleh bermain di taman permainan kanak-kanak. Kemudahan lain yang ditawarkan di lokasi ialah pusat perniagaan dan penukaran mata wang. Perkhidmatan bagasi dan pengemasan harian disediakan secara percuma. Tugu Pahlawan dan Muzium Sarawak berjarak 1.5 km dari Grand Margherita Hotel. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, 11.5 km dari hotel.