Bilik-bilik moden dengan Wi-Fi percuma dan restoran boleh didapati di Grand Supreme Hotel. Terletak di Golden Triangle Kuching, hotel ini adalah 8-minit berjalan kaki ke Kuching Waterfront. Menawarkan pemandangan bandar atau gunung, bilik-bilik berhawa dingin ini mempunyai TV satelit dan bilik mandi dengan pancuran mandian air panas. Pengering rambut dan kemudahan membuat teh/kopi ada disediakan. Tempat-tempat tarikan dalam jarak 15-minit berjalan kaki dari hotel ini termasuklah Muzium Cina dan Muzium Sarawak. Pusat membeli-belah Sarawak Plaza adalah 8-minit memandu jauhnya, manakala ia mengambil masa selama 20-minit dengan teksi untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Penerimaan tetamu 24-jam di Grand Supreme Hotel mempunyai peti deposit keselamatan. Perkhidmatan dobi dan kemudahan karaoke juga disediakan. Para tetamu yang memandu boleh menikmati tempat letak kenderaan persendirian percuma. Hidangan tempatan dan barat boleh dipesan di Kenyalang Coffee House. Ruai Kenyalang Karaoke Lounge menawarkan bir dan minuman keras.