Ranee Boutique Suites terletak di pusat bandar Kuching. Ia berjarak 1 minit berjalan kaki dari Kuching Waterfront dan China Street. Hotel butik yang bergaya ini menyediakan WiFi percuma di seluruh kawasan bangunan. Ranee Suites berjarak 5 minit memandu dari Muzium Sarawak dan 5 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Astana Palace. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching terletak sejauh 20 minit pemanduan. Suite-suite yang luas dan berhawa dingin ini dilengkapi dengan TV kabel/satelit skrin rata, kemudahan membuat teh/kopi, bar mini dan peti keselamatan peribadi. Jubah mandi, selipar dan alat pengering rambut juga disediakan. Beberapa suite juga mempunyai balkoni. Kemudahan simpanan bagasi disediakan di kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Perkhidmatan dobi disediakan. Para tetamu boleh menikmati pelbagai pilihan hidangan tempatan dan antarabangsa di Mbar and Bistro. Perkhidmatan bilik juga ditawarkan.