Cari
Bahasa Malaysia
Description

Percutian alam semulajadi ini terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika di Borneo. Hanya 5-minit memandu dari Lambir Hills National Park, hotel ini memiliki bilik-bilik dan chalet yang dibina di atas air. Para tetamu boleh berehat di kolam renang luaran dengan gelongsor air atau pergi mengembara jalan kaki(trekking) sambil belajar tentang tanaman unik dan spesies haiwan. Aktiviti-aktiviti seperti berkayak atau lawatan ke tempat tarikan di Borneo boleh diaturkan. Terletak di Jalan Miri-Bintulu, Borneo Tropical Rainforest Resort adalah 30-minit memandu dari Lapangan Terbang Miri. Pusat bandar Miri adalah 50-minit memandu, sementara Bandar Bintulu adalah 2-jam memandu jauhnya. Dilengkapi dengan lantai berkayu, bilik-bilik dan chalet yang berpenyaman udara di Borneo Resort mempunyai balkoni, yang memberikan pemandangan alam semulajadi. Ia dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dan TV dengan saluran kabel. Kemudahan membuat teh/kopi dan bar mini juga disediakan. Menyajikan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, The One Tree Hill Café adalah kafe terbuka dengan pemandangan ke pergunungan dan hutan hujan. Dibuka pada waktu malam, Palm Restoran & Bar menawarkan perpaduan hidangan Asia dan Barat.

Penginapan di persekitaran: