Hermess Hotel Johor berlokasi strategik di sempadan Johor dan Singapura. Tetamu menikmati bilik-bilik yang bersih dan selesa dengan penghawa dingin dan Wifi percuma. Hotel pada harga yang berpatutan ini terletak hanya 20 minit pemanduan untuk ke taman-taman hiburan Legoland dan Hello Kitty Town yang popular. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai berjarak 30 minit pemanduan manakala Pulau Sentosa yang popular di Singapura terletak sejauh 45 minit pemanduan dari hotel. Dinyamankan dengan penghawa dingin, bilik-bilik yang selesa di Hermess Hotel dilengkapi dengan kemudahan menyeterika, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandi air panas serta peralatan mandian percuma. Hotel reka bentuk kontemporari ini menawarkan ruang simpanan bagasi di meja penyambut tetamu yang dibuka 24 jam dan kemudahan tempat letak kereta percuma untuk tetamu yang memandu. Walaupun Hermess Hotel Johor tidak menempatkan mana-mana restoran, pelbagai masakan tempatan Malaysia boleh didapati hanya dalam jarak yang singkat.