Hotel reka bentuk ini terletak di kawasan kediaman, hanya 10-minit berjalan kaki dari Menara Eiffel yang terkenal. Ia menawarkan bilik-bilik reka bentuk yang dihiasi dengan gambar-gambar Paris yang berwarna-warni. Bilik-bilik yang moden di Bailli Tour Eiffel adalah berhawa dingin dan kalis bunyi. Setiap bilik dilengkapi dengan Wi-Fi percuma serta kemudahan membuat teh dan kopi. Bufet sarapan dihidangkan setiap pagi, dan boleh dinikmati di dalam bilik sarapan atau dalam privasi bilik anda. Kemudahan-kemudahan di Baili Tour Eiffel termasuklah lif dan penerimaan tetamu 24-jam. Terdapat juga concierge dan perkhidmatan menyewa kereta serta perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang. Hotel ini tidak jauh dari bangunan Unesco dan hospital Necker. Ia adalah kurang daripada 100 meter dari hentian Metro Ségur dan Menara Eiffel berjarak 5-minit berjalan kaki jauhnya.